Monday, January 30, 2012

Kelas Cupcake_Ainna

Coklat Moist Cupcake utk kanak-kanak

dengan adik-adik kakak..bestnya!!!

ni le hasilnya....kakak memang suka wat cake...


mmg sedap berkrim!!!


tgh deco ni....he...kakak selalu tlg ibu...









Coklat Moist Cupcakes dengan Coklat Ganache Topping

Bahan untuk coklat moist cupcake :
· 3 biji telur
· 1½ cawan gula halus
· 2 cawan tepung gandum (diayak bersama1 cawan serbuk coklat)
· 1sdt baking powder
· ½ sdt soda bikarbonat
· 1 cawan minyak
· 1 cawan susu pekat / susu cair
· 1 cawan air panas
· 1 sdt esen vanilla
· 30 paper cup saiz M

Bahan Topping : Coklat Ganache
· 500gm coklat masakan
· 1 cawan whipping cream
· 2sdb butter
· 2sdb syrup glukose

Cara -cara :

i) Pukul telur bersama gula halus hingga gebu dan kembang. Pastikan telur dikeluarkan daripada peti sejuk
dan biarkan dalam suhu bilik
ii) Pastikan gula benar-benar hancur supaya kek tidak akan turun apabila telah siap bakar.
iii) Masukkan minyak dan pukul hingga sebati
iv) Masukkan susu dan pukul hingga sebati seterusnya masukkan esen vanilla, kacau hingga sebati
v) Ayak tepung gandum bersama serbuk coklat, baking powder dan soda bikabornat
vi) Masukkan bahan yang diayak tadi dan air secara berselang seli. (kaup dan balik hingga adunan sebati,
kacau dengan tangan dan tidak perlu menggunakan mixer)

Untuk Membakar :
i) Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160° selama 10 minit
ii) Sediakan paper cup yang mencukupi 25 - 30 cup, susun di atas dulang pembakar
iii) Masukkan adunan ke dalam ½ paper cup dan bakar pada suhu 160° selama 20 minit
iv) Jangan buka pintu oven semasa cupcake sedang dibakar kerana ia akan menyebabkan kek turun
v) Untuk pastikan cupcake masak ialah dengan cara cucuk cupcake dengan lidi penguji atau garpu. Bila lidi
keluar bersih bermakna cupcake telah masak
vi) Tunggu sehingga sejuk sebelum dihias dengan topping

Untuk menyediakan coklat ganache :
i) Masak whipping cream sehingga mendidih. Padamkan api
ii) Tuangkan whipping cream ke atas coklat masakan yang telah dipotong kecil, supaya coklat mudah cair.
Kacau sehingga semua kepingan coklat cair
iii) Masukkan butter, kacau hingga cair
iv) Masukkan syrup glucose dan kacau hingga sebati
v) Biarkan sejuk sebelum digunakan

Untuk Menghias :
i) Sapukan coklat ganache yang telah disejukkan di atas permukaan cupcake dengan menggunakan spatula
agar kelihatan licin dan kemas. Gunakan air panas untuk merendam spatula. Petua agar sapuan coklat
ganache licin
ii) Gunakan kain pengelap dan basahkan dengan air untuk membersihkan cup, agar cupcake bersih
iii) Gunakan coklat bar dan peeler, sagat coklat sehingga bergulung seperti kulit kayu manis, susunkan di atas
cupcake, tabor dengan coklat chip
iv) Susun kepingan badam di atas permukaan cupcake sehingga penuh
v) Susun bunga rose dan ditabur dengan coklat urai

Thursday, January 19, 2012

Hari Keluarga De'Redang 2011

Pulut kuning hasil air tangan mak tercinta dan ju deco ikut suka hati je ni..


untuk acara perasmian...Keluarga Tokwan Mat, Tok Siti Aminah dan Tokwan Hashim


bertempat di Rumah Pakcik Jamaluddin


Kumpulan nasyid De'Redang untuk acara pembukaan..di pimpin oleh ju. kira sedapla tu saja sronok2..he..

Acara tiub belon

Kutip gula-gula

Majlis Perasmian..semua kaum kerabat

Kaum keluarga semua family berkumpul ..mmg best..insy thn ni kita buat lagi..

sempat lagi nyanyi lagu raya..hentam je la...


ni la sifu kita Pakcik Jamal...mmg bagus sentiasa bersemangat nak kan program berjaya. terima kasih byk atas keringat pakcik...insy thn ni blh belanja lagi...he...


terima kasih kpd sume yg memberi sokongan dan kerjasama..pjg umur kita buat lagi ye...


Heppy Besday Muhammad Afeef Diney

Coklat Cake Moist - last minit nye deco....utk hero tersayang...


Afeef 21 Julai 2011 (2thn)


Jamuan ringan je...sedara2 datang umah

Afeef Diney sayang..ibu rindu selalu...





Tiramisu perasa strawberry dihias dengan buah kiwi dan parutan coklat - resepi sendiri..hentam je la...


Tiramisu gak...yummi yummi!!!!







Moga anak ku dipanjang umur..murah rezki selalu dan menjadi anak yg soleh..insyaallah..


Heppy Besday Nur Aneese Maisara

Puteri ke-2 ku...6 Jun 2011 (4thn)





Carrot Cake with Creamcheese Toping


untuk anak-anak tersayang..hasil air tangan ibu...semoga menjadi anak yg membahagiakan kedua ibu bapa. insyaallah...

Order dari kawan-kawan

makan-makan kat opis ju


Coklat Moist Cake

Heppy besday Rayyan...coklat moist cake order dr Mama Anis