Thursday, February 9, 2012

Sosej Puff



BAHAN-BAHAN :

· Kulit Pastri (Puff Pastry) – ready made
· Sosej
· Telur
· Mozarella cheese

CARA-CARA :

1. Panaskan oven pada suhu 90° selama 10 minit
2. Keluarkan kulit pastry daripada freezer dan biarkan lembut
3. Potong sekeping kulit puff kepada 9 bahagian
4. Letakkan sosej di atas setiap kepingan dan gulung
5. Sapu telur di atas permukaan
6. Taburkan mozarella cheese
7. Bakar pada suhu 190° selama 20 – 25 minit sehingga garing

Kek Birthday



Puding Semolina



BAHAN-BAHAN :


· 240 gm tepung suji (tepung semolina)-digoreng sekejap ( 1 1/2 cawan )
· 120 gm gula ( 1/2 cawan )
· 125 ml susu pekat
· 125 ml susu cair
· 1 sdt esen vanilla
· 1/2 sdt pewarna kuning – tak letak
· 1 sdm minyak sapi
· 30 gm badam ( bakar sebentar kemudian kisar kasar)
· 30 gm kismis kuning/hitam – untuk hiasan
· 10 gm badam – digoreng (untuk hiasan)
· 1 helai daun pandan
· sedikit air (mengikut kepekatan) – lebih kurang 1 cawan air


CARA PENYEDIAAN :


1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan masak di atas api hingga mendidih kecuali badam, gajus, kismis dan air2. Masukkan badam berserta sedikit air. Biar hingga menjadi pekat3. Taburkan kismis dan badam di atasnya4. Biarkan sejuk dan hidangkan





Blackpaper Pizza




BAHAN-BAHAN UNTUK DOH PIZZA : A

· 200 ml air sejuk
· 2 sdb gula
· 2 sdb marjerin
· 1 sdk garam
· 2 sdb susu tepung
· 1 biji telur
· 1 sdt softener
· 1 sdt bread improver
· 500gm tepung roti / tepung gandum
· 1 peket mauripan

BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING : B

Untuk masak topping ;
· Bawang untuk menumis
· ½ tin Tomato puri
· Sos Tiram
· 5 keping daging burger (dipotong halus) atau oleh juga menggunakan daging cincang
· Blackpaper
· Bawang besar yang di mayang
· Garam dan gula secukup rasa

Bahan Untuk Ditabur :
· 4 batang sosej
· Sayuran campur
· Sos cili
· Mayonis
· Origano leaf
· Mozarella Cheese

CARA-CARANYA :

Membuat adunan Doh :
1. Campurkan semua bahan A di dalam bekas menguli, dengan menggunakan Bread Maker (menguli dan
membakar)
2. Lunsurkan bekas roti di atas landasan dan tutup pintu oven
3. Tekan (Bread) – Cari nombor 11 – Start
4. Selepas 15 minit keluarkan sekejap untuk kemaskan tepi doh. Masukkan semula ke dalam oven
Sebaik doh siap bahagikan kepada 2 biji
5. Canai doh di atas dulang yang disapu marjerin, atau sekiranya menggunakan loyang non stick tidak perlu
menyapu marjerin kerana tidak akan melekat. Biarkan doh rehat selama 15 minit supaya doh naik

Masak inti daging :
1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang, kacau sehingga garing
2. Masukkan tomato puri kacau hingga masak
3. Masukkan daging yang telah dicincang dan biarkan kering
4. Masukkan sos tiram, serbuk blackpaper, garam dan sedikit gula
5. Seterusnya masukkan apa2 bahan perasa seperti secukup rasa
6. Bila daging telah lembut, masukkan bawang besar kacau rata, padamkan api dan ketepikan

Menghias Pizza :
6. Sapukan kuning telur, tuangkan sos cili dipermukaan doh
7. Letakkan inti yang telah dimasak sehingga memenuhi permukaan doh
8. Taburkan sosej, sayuran campur
9. Letakkan mayonis, taburkan oregano leaf
10. Dan akhir sekali taburkan mozzarella cheese

Memakar Pizza :
· Panaskan oven : Tekan Preheat
· Bake
· Tekan Temp – setkan 200°C
· Tekan Time – setkan 18 minit
· Tekan Start
· Tunggu setelah bunyi bip 3X, masukkan loyang pizza dan tutup oven, kemudian tekan Start
Tunggu sehingga selesai bakar
· Keluarkan daripada oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong

Wednesday, February 8, 2012

Fruit Tart










BAHAN KULIT TART :


150 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)

25 gram gula aising, diayak

70 gram mentega sejuk, didadu kecil1 biji telur, dipukul sedikit

1/2 camca teh esen vanilla


BAHAN KASTARD :


1 cawan susu segar

1 1/2 camca besar tepung kastard

1 1/2 camca besar gula halus

1 camca teh esen vanilla1 camca besar mentega


BAHAN-BAHAN LAIN :Buah oren, mangga, epal - dihirisSedikit coklat - dicairkan Piping Jelly


CARA MEMBUATNYA :-)


1. UNTUK KULIT TART :- Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tart dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit dengan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.


3. UNTUK FRESH FRUIT TART :- Buah mangga, epal dan oren dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah-buahan tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. Buat kaedah sama untuk baki kulit tart dan buah2an segar tadi. Simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama

Tujuan menyapu coklat cair ialah bagi mengelakkan kulit tart menjadi lemau terkena kastard dan jus dari buah2an segar tadi.

Kiwi Sorbet






BAHAN-BAHANNYA :

4 biji buahkiwi

4 - 5 camca besar gula

1/2 cawan air 50 ml whipping cream
Buah kiwi segar untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :

Cuci buah kiwi dan buang kulitnya, lecek sehingga halus
Masak gula bersama air, masak sehingga gula hancur dan pekat, sejukkan
Kiwi yang dilecek tadi dicampur ke dalam air gula pekat. Kacau rata dan masukkan dalam bekas, tutup bekas dan bekukan dalam freezer selama 5 - 6 jam. Boleh juga gunakan tempat buat air batu yang petak-petak agar lebih cantik
Keluarkan dari freezer dan keluarkan adunan tadi dari bekas. Masukkan ke dalam alat pengisar bersama-sama whipping cream tadi.
Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang kembali dalam mangkuk puding dan bekukan sekali lagi untuk 5 - 6 jam. Setelah beku hidangkan dengan taburan coklat atau apa-apa kesukaan

Nestum Parfait







BAHAN-BAHAN :

½ cwn Nestum
1 biji buah apple hijau (dibuang kulit)
1 cwn yogurt
1 cwn susu segar
Sedikit badam keping (untuk hiasan)

CARA-CARA :

1. Campurkan serbuk nestum, apple hijau dan sedikit yogurt ke dalam alat pengisar, kisar
hingga hancur
2. Tuang yogurt yang selebihnya kedalam gelas untuk lapisan pertama
3. Tuangkan bancuhan buah-buahan tadi untuk lapisan kedua
4. Akhir sekali tuangkan susu, taburkan badam cincang (utk memberi rasa lemak dan
crunchy) sedia untuk di minum. Lazat berkrim

Aiskrim Pelangi







BAHAN-BAHANNYA :

· 1 biji telur
· 2 sudu besar overlatte
· 1 tin susu pekat (F&N - 505 gram)
· setengah tin susu segar (susu dutch lady)
· 1 tin air suam (sukat guna tin susu tadi)
· 1 sudu teh esen vanilla
· 1 sudu teh perisa pilihan (perasa cappuccino, strawberry dan blueberry)


Cara Membuat Adunan :


1. Masukkan semua bahan tadi dlm mangkuk dan pukul dengan mixer hingga naik dan kembang dan pekat2. Kemudian bahagikan kepada 3 warna pilihan iaitu cappuccino, strawberry dan blueberry

Cara Membuat Lapisan Pelangi :


1. Mula melapis adunan dengan menggunakan buku untuk melapik bekas. Gunakan 3 buah majalah, buat selapis demi selapis 3 senduk diselang seli 3 warna sehingga habis
2. Buang 1buku dan ulangi langkah melapis 2 senduk untuk setiap warna
3. Buang buku yang ke-2 dan ulangi langkah melapis dengan menggunakan 1 senduk untuk setiap warna sehingga habis semua adunan

Cara membeku :


Masuk dlm peti ais biarkan ia mengeras.Setelah keras bolehlah dihias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat chip atau mengikut kesukaan

Tuesday, February 7, 2012

Pancake





BAHAN-BAHAN PANCAKES :

§ 2 cawan tepung gandum
§ 2 sudu besar baking powder
§ 1 sudu kecil garam
§ 2 sudu besar gula
§ 1 1/2 atau 2 cawan susu segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis)
§ 1 biji telur
§ 1 sudu teh esen vanilla
§ 4 sudu besar butter(dicairkan)

BAHAN-BAHAN PENCICAH : ikut citarasa
§ Maple syrup (Contoh: jenama Pillsbury)
§ Madu
§ Butter
§ Coklat yang telah dicairkan

CARA MASAKAN :

1. Masukkan tepung, butter, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas. Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna 'mixer', cuma guna senduk
2. Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi
3. Panaskan kuali jenis leper (Frying pan) dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung
4. Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan kedalam frying pan. (Jangan tuang semua) dan buat bentuk bulat. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda. Setelah beberapa minit terbalikkan pancakes dan tunggu beberapa minit lg sebelum angkat (Hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian)
5. Ulang cara 4 untuk membuat pancakes lain sampailah adunan habis. Saya menyediakan coklat yang telah dicairkan sebagai pencicah..


Kek Karamel & Chiffon








BAHAN-BAHAN :

Gula Hangus :
2 @ 4 sudu besar gula
Jadikan gulakan gula hangus.
Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tidak melekat pada loyang dan ketepikan,biar ia mengeras

Bahagian atas ( Karamel ) :
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
kacau sebati..(kacau dengan perlahan jangan sampai berbuih nanti tidak menjadi karamel)

Lapisan kek (A) :
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak

1. Putar telur kuning,air dan minyak hingga kembang baru masuk gula dan putar sampai berbuih
2. Masukkan tepung yang dicampur dengan baking powder.(diayak)
3. Biarkan sebentar

Bahan Meringue (B) :
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim of tar-tar

pukul telur putih sampai kembang dan bertanduk, masukkan krim ta-tar dengan gula pukul lagi hingga kembang dan tak menitis

campurkan A dan B..kacau dengan senduk kayu..kaedah kaup balik

1. Masukkan karamel dalam loyang yang dah ada gula hangus tadi
2. bahagikan adunan kpd 3 bhgian dan warnakan
3. Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan dgn apa-apa perasa dan warna
4. tuang dlm loyang sume warna hijau,tabur milo atasnya, tuang suma warna kuning tabur milo dan tuang semua warna biru..dah siap
5. Panaskan oven selama 10 minit .
6. 40 minit pertama mengguna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pade suhu 180°
5. Bakar kek dengan kaedah double boiler (letak loyang kek ke dlm loyang 1 lg lbh bsr dr loyang kek yg dh isi air panas.

6. Biarkan sejuk dan terbalikan dalam pinggan lain...hati-hati ye...:)


Apple Pie








BAHAN PASTRI :
· 200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
· 80 g mentega
· 1/2 camca teh esen vanilla
· 50 ml air ais (kurang lebih)


BAHAN INTI :
· 2 biji epal hijau
· 1/4 cawan buah-buahan kering
· 1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
· 1 camca besar mentega
· 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
· 3/4 camca besar tepung jagung
· 1 kuning telur, untuk disapu atas pie


CARA MEMBUATNYA :


1. UNTUK PASTRI :
Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam

2. UNTUK INTI :
Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah buah-buahan kering, kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk

3. UNTUK MEMBAKAR :
Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing-masing. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong

Cream Puff Coklat

BAHAN CREAM PUFF :

50 gram mentega125 ml air
1/4 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati (telur gred A)
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN PASTRY CREAM :

1 kuning telur

150 ml susu sejat IDEAL
1 1/4 camca besar tepung custard
20 gram gula halus

CARA MEMBUATNYA :

1. UNTUK PASTRY CREAM:- Satukan semua bahan2 untuk pastry cream kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.

2. UNTUK CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.

3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...

Selamat mencuba...:)



Kelas Cake_Nazrul

Kek Coklat Moist - Boboi Boy...












jangan x caye...along pun leh buat kek....


tq along...



Coklat Moist Cake dengan Coklat Ganache Topping

Bahan untuk coklat moist cake :
· 3 biji telur
· 11/2 cawan gula halus
· 2 cawan tepung gandum
·
diayak bersama1 cawan serbuk coklat
· 1sdt baking powder
· ½ sdt soda bikarbonat
· 1 cawan minyak
· 1 cawan susu pekat / susu cair
· 1 cawan air panas
· 1 sdt esen vanilla
· Loyang bersaiz 9 x 9 in

Bahan Topping : Coklat Ganache
· 500gm coklat masakan
· 1 cawan whipping cream
· 2sdb butter
· 2sdb syrup glukose

Cara -cara :

i) Pukul telur bersama gula halus hingga gebu dan kembang. Pastikan telur dikeluarkan daripada peti sejuk
dan biarkan dalam suhu bilik
ii) Pastikan gula benar-benar hancur supaya kek tidak akan turun apabila telah siap bakar
iii) Masukkan minyak dan pukul hingga sebati
iv) Masukkan susu dan pukul hingga sebati seterusnya masukkan esen vanilla, kacau hingga sebati
v) Ayak tepung gandum bersama serbuk coklat, baking powder dan soda bikabornat
i) Masukkan bahan yang diayak tadi dan air secara berselang seli. (kaup dan balik hingga adunan sebati,

kacau dengan tangan dan tidak perlu menggunakan mixer)

Untuk Membakar :
i) Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160° selama 10 minit
ii) Gunakan Loyang bersaiz 9 x 9 in, griskan loyang pembakar dengan menggunakan marjerin dan tepung
(supaya tidak melekat)
iii) Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160° selama 50 minit hingga 1 jam
iv) Jangan buka pintu oven semasa kek sedang dibakar kerana ia akan menyebabkan kek turun
v) Untuk pastikan kek telah masak ialah dengan cara cucuk kek dengan lidi penguji atau garpu. Bila lidi
keluar bersih bermakna cupcake telah masak
vi) Sejukkan di atas redai kek sebelum dihias dengan topping

Untuk menyediakan coklat ganache :
i) Masak whipping cream sehingga mendidih. Padamkan api
ii) Tuangkan whipping cream ke atas coklat masakan yang telah dipotong kecil, supaya coklat mudah cair.
Kacau sehingga semua kepingan coklat cair
iii) Masukkan butter, kacau hingga cair
iv) Masukkan syrup glucose dan kacau hingga sebati
v) Untuk mendapatkan hasil kek yang cantik bila kita curahkan coklat ganache, terlangkupkan bahagian
atas kek ke atas pinggan atau board. Biarkan bahagian bawah kek di sebelah atas
vi) Biarkan sejuk sebelum digunakan

Untuk Menghias :
i) Sapukan coklat ganache yang telah disejukkan di atas permukaan dan sekeliling kek dengan menggunakan
spatula agar kelihatan licin dan kemas. Gunakan air panas untuk merendam spatula. Petua agar sapuan
coklat ganache licin
ii) Gunakan kain pengelap dan basahkan dengan air untuk membersihkan tepi-tepi pinggan/board agar
bersih dan kemas
iii) Gunakan coklat bar dan peeler, sagat coklat sehingga bergulung seperti kulit kayu manis, susunkan
disekeliling kek
iv) Letakkan edible image di atas permukaan kek, susun coklat chip disekeliling edible image
v) Susun kepingan badam dan bunga ros disekeliling kek dan taburkan dengan coklat urai
(hiasan terpulang kepada kreativiti masing-masing)